Click here for Myspace Layouts

Tuesday, January 18, 2011

nilai sebuah pujian

Kata-kata yang membangun dan menghargai orang lain denagn ikhlas, dapat memberi kekuatan luar biasa kepada seseorang, seterusnya mengubah hidupnya. begitulah sebaliknya. lidah yang kecil dapat mengguris luka yang dalam di hati ataupun menumbuhkan harapan hidup yang lebih baik.


Kes-kes cubaan bunuh diri dapat dihalang hanya dengan kata-kata membangun dan memberi harapan tinggi bagi melihat masa depan dengan segala peluang yang dapat di raih. Seorang pekerja yang bercadang mahu mengundurkan diri dari syarikat mengurungkan niatnya hanya kerana mendengar kata-kata yang membangun dan memotivasikan dirinya. Demikianlah juga sebaliknya. Kata-kata yang mengeji, merendah-rendahkan serta menghina membantutkan motivasi seseorang, bahkan dapat membunuh masa depannya.


Ingatlah kata-kata yang didengari masuk ke dalam peti ingatan jangka pendek. Seandainya ia diulang-ulang, ia masuk ke dalam ingatan peti jangka panjang. Apabila perkara ini berlanjutan dan menjadi kebiasaan, kata-kata yang didengari itu masuk ke dalam alam bawah sedar, dan ini sukar sekali dihilangkan. Itulah sebabnya mengapa kita perlu berhati-hati apabila mahu mengicapkan sesuatu, bergurau senda atau memperlekehkan orang lain. Ini kerana, sekiranya perkara itu tidak dihentikan dan sering pula didengari orang yang berkaitan, ia mengubah sikap dan tingkah lakunya.

No comments:

Post a Comment