Click here for Myspace Layouts

Tuesday, January 18, 2011

nilai sebuah pujian

Kata-kata yang membangun dan menghargai orang lain denagn ikhlas, dapat memberi kekuatan luar biasa kepada seseorang, seterusnya mengubah hidupnya. begitulah sebaliknya. lidah yang kecil dapat mengguris luka yang dalam di hati ataupun menumbuhkan harapan hidup yang lebih baik.


Kes-kes cubaan bunuh diri dapat dihalang hanya dengan kata-kata membangun dan memberi harapan tinggi bagi melihat masa depan dengan segala peluang yang dapat di raih. Seorang pekerja yang bercadang mahu mengundurkan diri dari syarikat mengurungkan niatnya hanya kerana mendengar kata-kata yang membangun dan memotivasikan dirinya. Demikianlah juga sebaliknya. Kata-kata yang mengeji, merendah-rendahkan serta menghina membantutkan motivasi seseorang, bahkan dapat membunuh masa depannya.


Ingatlah kata-kata yang didengari masuk ke dalam peti ingatan jangka pendek. Seandainya ia diulang-ulang, ia masuk ke dalam ingatan peti jangka panjang. Apabila perkara ini berlanjutan dan menjadi kebiasaan, kata-kata yang didengari itu masuk ke dalam alam bawah sedar, dan ini sukar sekali dihilangkan. Itulah sebabnya mengapa kita perlu berhati-hati apabila mahu mengicapkan sesuatu, bergurau senda atau memperlekehkan orang lain. Ini kerana, sekiranya perkara itu tidak dihentikan dan sering pula didengari orang yang berkaitan, ia mengubah sikap dan tingkah lakunya.

Monday, January 10, 2011

noktah sebuah kehidupan

Segala puji dan syukur  kepada Tuhan yang maha pengasih atas rahmat serta hidayahnya hingga blog ini dapat diselesaikan dan sampai ke tangan para pembaca.
Tanpa sedar, kita sudah masuk dan hidup dalam zaman yang penuh dengan pancaroba. tingkah laku manusia yang semakin tidak keruan amat membimbangkan. Cara manusia memandang dirinya semakin pudar. Sudah sering berlaku di mana seseorang manusia itu terlalu mudah menganggap dirinya tidah berguna, seseorang yang gagal malah muncul perasaan mahu mengakhiri hidup kerana ada waktu-waktunya berasa hidup ini sudah tidak bermakna.
Ramai juga manusia yang cenderung bersahabat dengan musuh yang ada di dalam dirinya sendiri hingga walau ke mana dia melangkah, musuh itu sentiasa ada di sampingnya. Sewaktu muncul perasaan dan dorongan berbuat baik  dalam hati, ada pula rintangan yang dihadapinya. Itulah musuh manusia yang datang dari dalam dirinya. Bagi menyingkap perkara ini, kadang-kadang manusia perlu tegas ke atas dirinya. Dia perlu dapat menawan kemahuan dirinya.
Hidup ini suatu perjuangan. Tidak ada kejayaan yang dapat diraih tanpa perjuangan, tiada hasil dalam hidup tanpa keringat dan air mata. Semakin kita berjuang untuk hidup, semakin hampir kita menemukan erti kehidupan yang sebenarnya. Manusia yang mempunyai cara pandang yang optimis dan meletakkan perjuangan hidup sebagai sebahagian daripada dinamik hidup yang berputar, melihat setiap hari hidup kian berisi dan bererti serta membuahkan kebaikan kepada orang di sekelilinginya. Demikianlah halnya dengan hidup ini, kadang-kadang merasai kepayahan dan pahit getir kehidupan sebelum memahami erti kehidupan yang sebenarnya.

noktah sebuah kehidupan

ahhaha