Click here for Myspace Layouts

Friday, February 25, 2011

MENGERATKAN PERSAHABATAN DALAM KEHIDUPAN PERLU ADA

  • KESABARAN
    Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baik kita  itu menyinggung perasaan kita, mungkin dengan kesabaran kita, teman kita akan mula memahami diri kita..
  • BERTERUS TERANG
    Jangan sesekali kita memendam perasaan jika kita tidak menyenangi sikap teman2 baik kita.Cuba bawa berbincang & berterus terang supaya masalah yang dihadapi akan selesai dengan cepat..
  •  IKHLAS
    Kita mestilah sentiasa bersikap ikhlas & jangan terlalu berkira dengan org lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling kita akan lebih menghormati  diri kita.
  • SALING MENGHORMATI
    Saling hormat menghormati antara satu sama lain. Hormatilah orang disekeliling kita dengan baik sekali..
  • JUJUR
    Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling mempercayai, supaya hubungan persahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang  sikap bermuka-muka kerana ianya sikap yang akan merenggangkan persahabatan.
  •  SALING FAHAM MEMAHAMI
    Kita seharusnya saling faham memahami & tidak berprasangka buruk pada teman baik kita.
  • JAGA TUTUR KATA
    Sentiasalah jaga tutur kata & jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kita..
  •  NASIHAT MENASIHATI
    Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu sama lain. Teguran hendaklah secara baik & bukannya dgn melulu & mengkritik.


No comments:

Post a Comment